PROLOG
“CIK
Nur Dahlia binti Abdul Rahman.”
Sebaik sahaja namanya dipanggil, Dahlia melangkah
tenang ke arah bilik temuduga. Hari ini Dahlia menghadiri temuduga untuk
jawatan Pembantu Peribadi kepada salah seorang bos di bangunan pejabat itu.
Sesuailah dengan Ijazah yang diambil oleh Dahlia ketika di UiTM.
Dengan lafaz bismillah, Dahlia melangkah masuk ke
bilik temuduga. Senyuman ikhlas dihulurkan kepada makhluk Allah yang juga
berada di dalam bilik temuduga itu.
Lima orang panel temuduga di hadapannya dipandang
satu persatu. Semuanya lelaki. Apa dah pupus ke orang perempuan? Sudahlah calon
temuduga semuanya perempuan. Haih,
kalau dapat ni memang kebetulan sajalah!
Tiba giliran Dahlia, soalan demi soalan diajukan
oleh panel temuduga yang pertama kepadanya. Alhamdulillah, Dahlia dapat
menjawab dengan baik. Begitu juga dengan panel temuduga yang kedua, ketiga dan
keempat.
Tetapi yang menjadi kepelikkannya adalah panel temuduga
kelima. Sudahlah tak reti senyum. Lepas tu, tanya soalan yang pelik-pelik.
Semuanya berkaitan dengan hal peribadi.
Apa masalah dia sebenarnya?
“Dah kahwin?”
“Belum,” jawab Dahlia tenang.
Sempat anak mata Dahlia melirik pandang pada sebaris
nama yang tertera di atas meja panel temuduga itu.
Encik Muhammad Zafiy bin Azman.
Jadi, inilah orangnya? Hmm, memang nampak sesuai nama dengan jawatan yang disandangnya.
“Ada perancangan untuk berkahwin?”
“Setakat ini belum lagi.”
“Dah ada calon suami?”
Erk?
Soalan macam ni perlu ke? Ada kaitan dengan jawatan yang bakal disandang ke?
“Belum, encik.” Dahlia masih tenang menjawab soalan
demi soalan yang diutarakan kepadanya.
“Kenapa tak ada? Boyfriend
tak ada juga?”
“Belum ada.”
“Bagi saya tiga alasan kenapa awak belum ada boyfriend.”
Dahlia menghelakan nafas sekejap. Haih, pak cik ni macam saja-saja nak
tahu hal peribadi aku saja? Sebelum ni aku ada juga pergi temuduga di tempat
lain. Syarikat besar macam ni pun ada. Tapi tak ada pula mereka tanya soalan mengarut
macam ni.
“Pertama, tak berminat nak bercinta. Kedua, hanya
nak tumpukan perhatian kepada kerjaya. Ketiga, nak bercinta selepas nikah.”
Dahlia masih lagi menjawab dengan tenang.
“Wah, bagus! Tapi saya nak tanya satu soalan lagi.”
“Banyak pun tak apa, encik,” perli Dahlia. Mana tidaknya?
Tadi pun cakap satu lagi soalan! Ini pun cakap satu lagi soalan!
“Adakah anda tidak berminat dengan lelaki?”
Soalan yang bersama senyuman seperti menjegek itu
membuatkan hati Dahlia menggelegak. Gila! Soalan apa yang dia tanya ni? Pelik
betullah. Langsung tak ada kena mengena dengan kerja.
“Maksud encik?” tanya Dahlia kembali.
“Maksud saya, kalau lelaki orang panggil ‘gay’. Dan
kalau perempuan orang panggil ‘lesbian’.”
Penjelasan itu benar-benar menghancur-lumatkan kesabaran
di dalam hati Dahlia. Sampai macam tu sekali fikiran panel ini? Apa dia ingat
aku tak tahu hukum agama ke?
Dahlia melebar senyuman sebelum menjawab, “alhamdulillah…
saya dibesarkan dengan didikan agama yang baik. Dan syukur juga kepada Allah
kerana tidak memesongkan hati saya ke jalan yang salah.”
Kelihatan kepala panel itu mengangguk kecil. Seraut
wajahnya masih lagi kelihatan serius seperti ketika Dahlia menapak masuk ke
dalam bilik temuduga itu.
“Soalan seterusnya, adakah anda tidak berminat untuk
melahirkan anak?”
“Setiap wanita pasti ada keinginan untuk mendapatkan
anak. Tak terkecuali saya juga. Dan alhamdulillah, sehingga sekarang saya dah
ada sepuluh anak,” jawab Dahlia sambil menguntum senyum. Senyum yang kelihatan
seperti dibuat-buatnya.
Hampir terngadah kelima-lima panel temuduga apabila
mendengar ayat terakhir dari ulas bibir Dahlia.
“What?
Tadi awak cakap belum kahwin, kan?” Jelas seraut wajah panel kelima menunjukkan
riak tidak berpuas hati.
“Ya, belum berkahwin. Tapi saya ada sepuluh ekor anak
kucing.”
Serentak itu, keempat-empat panel temuduga ketawa
kuat kecuali panel temuduga yang kelima itu. Masam sungguh air mukanya. Dah
macam tercekik jeruk mempelam.
“Awak ingat saya main-main?”
Soalan serius itu membuatkan bilik temuduga tiba-tiba
sahaja sunyi sepi. Mati semua ketawa dan senyuman yang baru sahaja terlakar.
Dahlia pula sudah ketar kepala lutut. Naik gerun
pula apabila melihat pandangan tajam sepasang anak mata panel temuduga itu.
Hesy,
yang aku pergi jawab macam tu kenapa? Kau ni memang sengaja cari penyakit ke,
Dahlia?
Dah mamat tu yang tanya soalan pelik-pelik. Aku pun
bagilah jawapan macam tu. Apa dia ingat dia seorang saja yang bijak? Aku pun
bijak jugalah!
“Maaf, encik. Saya tak main-main. Tapi encik…” Belum
sempat Dahlia menghabiskan ayatnya, panel kelima itu sudah bersuara.
“Then,
saya dah malas nak dengar apa-apa lagi. So,
boleh keluar sekarang kerana keputusan dah ada. Maaf, awak gagal dalam temuduga
ini.”
“Tapi encik…”
“Nak suruh saya ulang berapa kali baru nak keluar?”
Kali ini kesabaran Dahlia semakin menipis. Sempat
Dahlia menghelakan nafas panjang sebelum menutup fail di hadapannya.
“Eleh, saya pun tak hadaplah nak kerja kat sini!
Sudahlah encik tanya soalan di luar bidang tugas. Tak profesional langsung.
Baik encik letak jawatan juga. Encik tak layaklah nak pegang jawatan yang encik
pegang sekarang ni.”
Hah, ambik
kau! Kan dah kena! Main-main lagi!
“You!!”
Jerkahan kuat panel yang kelima itu Dahlia jawab
dengan cebikan kecil. Marah ke? Lantaklah! Kau yang sengaja buat aku hilang
sabar!
“Jangan marah-marah, encik. Nanti terkena darah
tinggi. Kalau masuk hospital tak apa lagi. Saya bimbang terus ‘k.o’ tanpa
sempat minta maaf dengan saya,” perli Dahlia lagi. Kali ini dia mengenyitkan
sebelah mata ke arah panel yang kelima itu. Sengihannya juga sudah mula lebar
sampai ke telinga.
“Keluar sekarang!”
“Ya, nak keluarlah ni!” Dahlia bangun dari
kerusinya. Namun, sempat lagi dia tersengih ke arah panel yang kelima itu. “By the way, saya dah maafkan encik.
Bimbang pula kalau encik betul-betul tak sempat nak minta maaf dengan saya.”
Tidak menunggu lama, Dahlia terus mengatur langkah
keluar dari bilik temuduga itu. Haih,
nak buat macam mana? Bukan rezekilah tu!
Mulut inilah, cabul
sangat! Kan dah melepas!
#UnedditedVersion
What is a Casinoroll
ReplyDeleteFind out what is a Casinoroll. This casinoroll club w88 guide takes you through 엠비 션 주소 the 사설바카라 main aspects, from promotions to deposit 케이 벳 bonuses, game variety and 라이브 벳 much What is a Casinoroll?Where does a Casinoroll work?